Pembangunan Frigat kelas Mogami

Pada tahun 2015, belanjawan pertahanan Jepun menyediakan dana untuk mengkaji pembinaan sebuah "pembinasa baharu berbadan kompak dengan tambahan keupayaan fungsi berbilang" selain sebuah sistem radar baharu untuk pembinasa ini.[2] Pada tahun yang sama, Mitsubishi Heavy Industries (MHI) mendedahkan sebuah konsep model frigat pertama (30FF) yang mana dibangunkan dengan menggunakan dana mereka sendiri.[1][3]

Pada Ogos 2017, Agensi Logistik, Teknologi dan Perolehan (ATLA) telah memilih MHI dan Mitsui Engineering and Shipbuilding sebagai kontraktor dan sub-kontraktor utama untuk membina frigat ini. Selain itu, pihak agensi juga memilih sebuah lagi rekabentuk baharu yang berbeza sepenuhnya (30DX). Kapal baharu ini akan mengantikan pembinasa kelas-Asagiri dan pengiring pembinasa kelas-Abukuma.[1]

Pembinaan 30DX telah bermula pada 2018. Sejumlah 22 buah kapal akan dibina berdasarkan rekabentuk ini sehingga tahun 2032, di mana lapan buah kumpulan pertama tertakluk di bawah kontrak pada 2018; bermakna dua buah kapal akan dibina pada setiap tahun.[4]

Rujukan

WikiPedia: Frigat kelas Mogami http://www.navyrecognition.com/index.php/news/defe... http://www.navyrecognition.com/index.php/news/defe... http://www.navyrecognition.com/index.php/news/defe... http://www.navyrecognition.com/index.php/news/nava... http://www.navyrecognition.com/index.php/news/nava... http://www.navyrecognition.com/index.php/news/nava... https://www.janes.com/article/84241/mhi-to-build-t... https://www.janes.com/defence-news/news-detail/jap... https://www.navalnews.com/event-news/sas-2019/2019... https://www.navalnews.com/naval-news/2021/08/new-u...